SEJARAH
SEKOLAH
Sekolah
Kebangsaan Meranti terletak di Kampung Meranti, kira-kira 9 kilometer dari
Bandar Pasir Mas. Sekolah ini mendapat namanya dari sejenis pokok yang bernama
‘Pokok Meranti’. Sekolah ini adalah di bawah penyeliaan Pejabat Pendidikan
Daerah Pasir Mas/Tumpat.
Sekolah
ini telah didirikan pada awal tahun 1938 dengan jumlah muridnya seramai 64
orang dan 3 orang tenaga pengajar. Pada ketika itu sekolah ini hanya mempunyai
darjah 1 hingga darjah 3. Murid-murid darjah 4 akan menyambung pelajaran mereka
ke Pasir Mas.
Pada
zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941 hingga September 1945,
sekolah ini dalam keadaan ‘Hidup Segan Mati Tidak Mahu’. Kesedaran orang-orang
kampung terhadap pelajaran lebih menyeluruh. Atas daya usaha guru-guru ketika
itu serta muafakat orang-orang kampung, tanah seluas 4 ekar dapat dibayar untuk
kawasan sekolah yang menjadi tapak Sekolah Kebangsaan Meranti kini.
Sekolah
ini terus mengalami perubahan dan kemajuan. Pada bulan September 1952, satu
bangunan baru mengandungi 7 bilik darjah dan sebuah bilik guru didirikan oleh
kerajaan bagi menggantikan bangunan lama. Pada pertengahan tahun 1954,
orang-orang kampung sekali lagi membina bangunan tambahan sebanyak 6 bilik
darjah bagi menampung keramaian murid.
Awal
tahun 1976, Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru ditubuhkan di Sekolah Kebangsaan
Meranti. Atas daya usaha persatuan tersebut, sebuah bangunan yang mengandungi 3
bilik darjah telah didirikan. Perubahan demi perubahan terus berlaku dengan
pembinaan sebuah bangunan 3 tingkat yang mengandungi 12 bilik darjah, sebuah
bilik guru, pejabat dan lain-lain kelengkapan pada tahun 1980.
Mulai
tahun 1983 sekolah ini telah dinaikkan taraf dari gred B ke gred A. Pada tahun
1996 sebuah bangunan kilat sebanyak 3 bilik darjah telah dibina untuk menampung
pertambahan pelajar di sekolah ini. Dua bilik darjah telah dijadikan sebagai
Pusat Sumber Sekolah yang baru untuk membuka minda para pelajar dan guru.
Berkat
rezeki yang murah, kemakmuran ekonomi negara, Sekolah Kebangsaan Meranti
mendapat dua blok bangunan baru empat tingkat serta sebuah kantin baru yang
selesa dan sebuah makmal computer dua tingkat pada September 2003. Ini
memantapkan lagi Visi dan Misi sekolah kearah sekolah cemerlang.
PENGASAS
SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Meranti telah diasaskan
pembukaannya pada tahun 1938. Sekolah Kebangsaan Meranti juga adalah antara
sekolah yang tertua di negeri Kelantan. Pada mulanya Sekolah Kebangsaan Meranti
dikenali dengan nama “SEKOLAH MELAYU MERANTI”.
Perubahan
demi perubahan akhirnya Sekolah Melayu Meranti kini dikenali dengan nama
“SEKOLAH KEBANGSAAN MERANTI”. Sekolah ini diasaskan oleh satu jawatankuasa yang
terdiri daripada:
1. Tn.
Guru Haji Mat Zin Bin Mat Akib
2. Penghulu
Haji Yusof Bin Mat Akib
3. Tn.
Imam Haji Ahmad Bin Haji Yusof
4. Saudagar
Haji Ab. Latif Bin Ahmad
5. Penggawa
Ismail Bin Awang Besar
Peringkat awalnya sekolah ini mempunyai 64 orang murid
dengan 3 orang tenaga pengajar termasuk seorang guru yang juga bertugas sebagai
Guru Besar.
GURU-GURU
BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN MERANTI
1938 – 1941
Tuan Haji Ahmad Bin Awang
1942 – 1945 En
Abdullah Bin Haji Ismail
1946 – 1952 Tuan
Haji Ahmad Bin Awang
1953 – 1956 En
Salleh Bin Bulat
1957 – 1962 En
Hamzah Bin Abdul Samad
1963 – 1964 En
Abdul Khairan Bin Mohd Noh
1965 – 1969 En.
Yahya Bin Adam
1970 – 1974
Tuan Haji Nik Yusof Bin Nik Abu Bakar
1974 – 1979 Tn
Hj Nik Hasssan Bin Haji Nik Husain
1980 – 1984
Tuan Haji Sulaiman Bin Ali
1984 – 1986
Tuan Haji Yusof Bin Haji Abdullah
1987 – 1988
Tuan Haji Abdul Ghani Bin Mohamad
1989 – 1992 En Hanapiah Bin Mohamad
1992 – 1994 En.
Nik Mohd Rosli Bin Nik Mustapha
1994 – 2006
Tuan Haji Mohd Bin Ab. Rahman
2006 – 2007 En.
Muhammad Arif Bin Ab Rahman
2008 – 2014 En
Hassan Bin Mamat
22 Jun 2014 –
Pn Hajjah Zakiah Bt Ibrahim
Sekarang
No comments:
Post a Comment